Perak Hari Ini

“Beri Peluang Kepada Kami”

PARIT BUNTAR:Ketiga-tiga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Buntar meminta agar para pengundi serta para penyokong memberikan peluang kepada mereka untuk mengubah pembangunan kawasan tersebut.

Ketiga-tiga calon Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, calon kerusi Dun Titi Serong, Norsalewati Mat Norwani dan calon Kerusi Dun Kuala Kurau Shahrul Nizam Razali berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dihadapan para penyokong BN selepas proses penamaan calon pilihan raya umum ke-14 bagi Parlimen Parit Buntar bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Kerian di sini hari ini.

Sejurus selepas diumumkan oleh pihak Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) kesemua calon bergerak ke dataran sungai bagi bertemu dengan para penyokong yang setia menunggu sejak 8 pagi tadi.

Norsalewati yang menjadi satu-satunya calon wanita di Daerah Kerian bertanding bagi kerusi itu mewakili BN berkata bantuan dan sokongan diperlukan bagi memastikan setiap calon memperolehi kemenangan.

“Kami mneyerahkan kepada anda bagi membantu kami memberi kemenangan kepada Barisan Nasional.

“Tanpa sokongan anda kami tidak akan ada di sini,kita akan terus berjuang,” katanya ringkas.

 

Begitu juga dengan Shahrul Nizam yang turut meminta semua pihak memberikan sokongan padu kepadanya juga calon lain.

Bagi calon Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan pula tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantunya sehingga ke proses penamaan calon hari ini.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kepimpinan parti, terima kasih pada Ketua Bahagian Parit Buntar kerana memberi  peluang pada untuk cuba membangunkan kawasan Parit Buntar demi masa depan anak bangsa kita,” katanya.

Himpunan tersebut disertai sekitar 5,00 penyokong daripada komponen parti termasuk konvoi bermotorsikal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");