Isu Panas

Beri Peluang Kepada MCA

SEREMBAN: MCA berharap masyarakat Cina di negeri ini tidak mengulangi kesilapan yang ‘tersalah’ mengundi pada pilihan raya lalu, bagi memastikan nasib mereka lebih terbela.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), semua calon MCA yang bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) MCA di negeri ini kalah.

Katanya, ia menyebabkan tiada wakil MCA untuk membangkitkan suara masyarakat Cina pada persidangan DUN.

“Saya yakin masyarakat Cina di negeri ini sudah sedar dengan keperitan yang dialami apabila banyak masalah gagal diselesaikan.

“Jadi pada PRU kali ini, saya harap masyarakat Cina memberi peluang dan sokongan kepada MCA pula,” katanya selepas Majlis Makan Malam, Pelancaran Lagu ‘Rasah Fight’ dan Manifesto Rasah pada Selasa lapor Berita Harian.

Mengulas lanjut, Ka Siong berharap pada PRU kali ini dua kerusi Parlimen dan sekurang-kurangnya empat kerusi DUN dapat dirampas semula daripada pembangkang.

“Saya sendiri akan pastikan jika calon MCA menang, mereka akan bekerja dengan gigih bagi menyelesaikan masalah masyarakat Cina,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");