Isu Panas

‘Berikan Majoriti Tertinggi Kepada BN’

IPOH – Rakyat sekitar Parlimen Tambun diminta memberikan sokongan penuh demi memastikan Parlimen berkenaan mencatatkan majoriti tertinggi dalam sejarah pada PRU14.

Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, secara keseluruhannya sokongan berkenaan menggambarkan penghargaan serta terima kasih rakyat kepada kerajaan yang banyak membantu terhadap kemajuan di Tambun selama ini.

Malah menurutnya, sokongan berkenaan secara keseluruhannya akan membantu mengekalkan BN di Parlimen berkenaan.

“Rakyat patut berterima kasih kepada kerajaan yang banyak membantu kita di Tambun selama ini.

“Daripada 222 kawasan Parlimen, Tambun antara salah satu yang menerima banyak kemajuan.

“Sebagai penghargaan, kita harapkan rakyat dapat berikan undi majoriti untuk kekalkan BN di Tambun,” katanya.

Ahmad Husni berkata demikian sempena program Jom Minum Pagi bersama KRT dan Penduduk Taman Chepor Damai di padang Bola Taman Chepor Damai, pada Ahad lapor Sinar Harian.

Dianggarkan, lebih 100 penduduk taman berkenaan termasuk barisan kepimpinan sekitar Parlimen Tambun hadir ke program yang bermula sekitar 8 pagi itu.

Pada program berkenaan, Ahmad Husni turut menyempurnakan penyerahan surat kelulusan pembinaan Dewan Komuniti di kawasan berkenaan termasuk meluluskan peruntukan berjumlah RM300,000 bagi tujuan pembinaannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");