Isu Panas

Bimbang rakyat tidak keluar mengundi

PERMATANG PAUH – Pakatan Harapan (Harapan) mengakui bimbang peratusan keluar mengundi yang rendah di kawasan Permatang Pauh akan menyebabkan mereka berdepan risiko kekalahan pada PRU14 nanti.

Kebimbangan itu disuarakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dengan menyifatkan pertembungan tiga penjuru di Permatang Pauh kali ini sebagai sengit dan tidak harus diambil mudah.

Katanya, walaupun kerusi itu disandang PKR sejak tahun 1999 lagi, namun Harapan tidak menafikan kekuatan yang dimiliki BN dan Pas di kawasan itu.

“Kita tidak ambil mudah perkara ini dan saya sangat bimbang jika rakyat tidak keluar mengundi. Jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah sangat penting untuk memastikan kemenangan kita di semua tempat,” katanya memetik laporan Astro Awani pada sidang media di Yayasan Aman, Permatang Pauh semalam.

Tambah Nurul Izzah, pihak lawannya mempunyai jentera pilihan raya yang kuat sekali gus memaksa pihaknya bekerja lebih keras untuk memenangi hati pengundi pada pilihan raya umum kali ini.

Justeru katanya, selain berusaha menyelesaikan isu dan kebajikan penduduk setempat, Nurul Izzah berkata, PKR akan turut menumpukan usaha bagi memenangi hati pengundi terutamanya kaum Melayu.

Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Nurul Izzah, calon BN, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said, dan calon Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");