Isu Panas

BN Akui Bukan Pertembungan Mudah Di Teluk Intan

TELUK INTAN – Penyandang Parlimen Teluk Intan, Datuk Seri Mah Siew Keong mengakui pertemuan BN dan DAP di kerusi itu pada PRU14 nanti bukan satu pertembungan mudah.

Beliau berkata, berdasarkan rekod pada PRU13 dan pilihan raya kecil pada 2014, pihaknya mengambil pendekatan untuk tidak memandang rendah terhadap mana-mana calon DAP yang ditawarkan bertanding di situ.

“Dalam demokrasi, DAP bebas calonkan sesiapa sahaja, namun atas kerja keras dilakukan kerajaan BN dalam membangunkan Teluk Intan, Gerakan bersama komponen BN yang lain akan berikan persaingan sengit,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Semalam, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming diumumkan sebagai calon mewakili Harapan di Parlimen Teluk Intan pada PRU14 ini.

Pada PRU13 lalu, Siew Keong yang juga Presiden Gerakan tewas kepada calon DAP, Seah Leong Peng dengan majoriti 7,313 undi sebelum menang pada pilihan raya kecil ke atas Dyana Sofya Mohd Daud, juga calon DAP dengan majoriti 238 undi.

Siew Keong berkata, dalam tempoh beberapa tahun ini, bandar Teluk Intan telah melalui transformasi melalui pelbagai kemajuan dan pembangunan dibawa kerajaan BN.

“Saya percaya rakyat akan memilih secara rasional, mereka lebih tahu siapa yang buat kerja, berkhidmat dan memenuhi janji di kawasan. Mereka akan membuat pilihan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");