Perak Hari Ini

BN Bantu Semua Kaum, Tanpa Kira Jumlah

PANGKOR: Pihak pembangkang lebih gemar memberi tumpuan kepada sesebuah kaum yang bilangannya dominan daripada yang lain dalam satu-satu kawasan sebaliknya Barisan Nasional (BN) pula senantiasa memberi perhatian lebih kepada semua pihak tanpa mengira jumlah komposisi mereka.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, sebagaimana beliau yang pernah menyandang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor penggal lalu, setiap keluhan masyarakat di semua peringkat dalam  kawasanya sentiasa didengar selain mencari jalan penyelesaian untuk mereka.

“Apabila pembangkang dicalonkan dalam satu-satu kawasan dan sebagai contoh di Pangkor, mereka hanya akan kira berapa jumlah undi dia boleh dapat, mengikut pecahan kaum. Mana yang ramai dia akan tumpu lebih dan kalau kurang, diabaikan.

“Kita di Barisan Nasional tidak begitu. Di DUN Pangkor, jumlah pengundi Melayu ada lebih 16,000. Kita tetap bantu semua bangsa termasuk masyarakat India walaupun mereka hanya ada 1,000 lebih sahaja,” katanya.

Jelasnya, antara inisiatif yang telah pun dibangunkan untuk masyrakat India di Pangkor ialah pembinaan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang baharu.

Dalam pada itu, Zambry yang bakal mempertahankan kerusi DUN Pangkor dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) turut menasihati kepada pengundi masyarakat India agar tidak memilih calon luar atau pihak yang hanya muncul lima tahun sekali ke sini.

“Jangan kita terpengaruh dengan dakyah pembangkang dan terikut dengan emosi. Dalam menentukan calon wakil rakyat itu, yang paling penting kita kenal siapa dia, dan dia berasal daripada mana.

“Dahulu ada orang nak lawan saya di Pangkor tetapi dia itu datang dari Selangor. Orang di sini pun tak kenal dia,” ujarnya yang juga bertanding di Kerusi DUN Pangkor dan Parlimen Lumut dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis perjumpaan dengan masyarakat India di Dewan Hotel Kejora Garden  Resort, dekat sini, pada Sabtu.

Terdahulu, usai proses penamaan calon yang sempurna pada 12.20 tengah hari, hari ini di Pusat Penamaan Calon di Institut Latihan Mara Lumut, beliau segara bergerak ke Kampung Sungai Pinang Kecil untuk beramah-mesra dengan penduduk masyarakat Cina setempat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");