Berita Hari Ini

BN Janji Mansuh Tol Motosikal Jambatan Pulau Pinang Jika Menang

BALIK PULAU: BN akan memansuhkan tol Jambatan Pulau Pinang untuk motosikal sekiranya berjaya tawan semula negeri ini pada PRU14.

Perkara itu diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai manifesto tambahan untuk Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian pada majlis perhimpunan pemimpin bersama rakyat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau, semalam.

“Saya akan terus bangunkan Balik Pulau. Yang besar-besar tunggu kita menang dulu Pulau Pinang.

“Dalam manifesto kita umum 65,000 rumah mampu milik akan dibina di Pulau Pinang.

“Hari ini saya nak umum manifesto tambahan jika BN menang, kita bagi tol percuma untuk motosikal di Jambatan Pulau Pinang,” katanya, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Menurutnya, perkara itu telah dibincangkan dan mendapat persetujuan bersama kepimpinan BN Pulau Pinang.

“Menang saja Pulau Pinang, tak ada tol untuk motosikal di Jambatan Pulau Pinang,” katanya.

Pada perkembangan lain, beliau memaklumkan bahawa sebanyak 99.4 peratus manifesto BN pada PRU13 telah ditunaikan.

“Apa guna cadang tapi tak kota, apa guna janji tapi tak tunai. Berbanding kita (BN) boleh bagi cadangan dan tunai janji.

“Percayalah kalau nak masa depan cerah, hanya boleh bergantung harap kepada BN,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");