Perak Hari Ini

BN Mampu Bangunkan Negara, Sejahterakan Rakyat – Mohd Nizar

PARIT: Kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) mempunyai agenda dan usaha berterusan dalam membangunkan negara dan negeri untuk kebaikan masa hadapan.

Calon BN bagi Parlimen Parit, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata menerusi aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, BN sentiasa merangka perancangan bagi turus memberi kesejahtereraan kepada rakyat.

Mengambil contoh Manifesto BN yang menjanjikan sebuah lapangan terbang baharu di Seri Iskandar, Mohd Nizar berkata selain bakal merubah lanskap kawasan tersebut, ianya juga bakal merancakkan lagi ekonomi dan menambah jumlah peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

“Agenda-agenda itu dapat membangunkan negeri kita. Melalui sistem demokrasi inilah sebenarnya mampu menentukan ke arah mana yang kita mahu bawa negeri kita ini.

“Hanya BN yang mampu membawa negeri dan negara kita ke tahap yang lebih baik, apatah lagi jika BN dapat menjadi sebuah kerajaan yang lebih kukuh. Oleh sebab itu kita mesti mendapatkan kembali majoriti 2/3 sama ada di Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupun Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis memperkenalkan calon Parlimen Parit dan DUN Belanja, Khairudin Abu Haipah di Bilik Gerakan UMNO Kampung Pasir Gajah, dekat sini, pada Ahad.

Dalam pada itu, sebelum majlis berakhir, mantan Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan, juga berkesempatan hadir.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau menyeru agar pengundi setempat dapat terus memberikan sokongan kepada kesemua calon BN yang bertanding di kawasan ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");