Berita Hari Ini

BN Pulau Pinang Tanding Semua Kerusi Parlimen, DUN

GEORGETOWN: Barisan Nasional (BN) negeri, hari ini, mengesahkan akan bertanding di semua kerusi Parlimen dan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata senarai calon yang sudah dimuktamadkan terbabit akan diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, dalam tempoh terdekat.

“UMNO akan menampilkan lima calon Parlimen dan 15 calon DUN, manakala 8 calon Parlimen dan 25 calon DUN lain akan diwakili calon parti komponen daripada GERAKAN, MCA dan MIC,” katanya, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Untuk rekod, Pulau Pinang mempunyai 13 kerusi Parlimen dan 40 kerusi DUN.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata, beliau juga mengesahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan hasrat itu sudah dimaklumkan kepada Najib sejak dua tahun lalu.

Katanya, beliau juga sudah memperkenalkan calon baharu kepada Perdana Menteri yang akan menggantikan kerusi pernah ditandinginya di Parlimen Nibong Tebal pada pilihan raya lalu.

“Saya akan terus memberikan sepenuh usaha dan tumpuan untuk memimpin Jentera Pilihan Raya UMNO Pulau Pinang untuk mempertahankan tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN sedia ada, selain menambah dua kerusi Parlimen dan lima kerusi DUN seperti disasarkan,” katanya.

Zainal Abidin yang menyandang jawatan Pengerusi UMNO negeri sejak 2011 adalah Ahli Parlimen Nibong Tebal pada 2004, sebelum tewas kepada calon PKR pada PRU-12 dan PRU-13.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");