Perak Hari Ini

“BN Tak Gula-Gula Rakyat”

LANGKAP:”Barisan Nasional (BN) sama sekali tidak mengamalkan politik penipuan dan bertindak untuk gula-gulakan rakyat sebaliknya hanya bercakap perkara yang sebenar,kata Pengerusi Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Malah katanya BN berusaha menunaikan janjinya terhadap rakyat kerana sekiranya gagal berbuat demikian pengundi dikhuatiri akan hilang kepercayaan.

“Janji itu penting untuk ditunaikan kerana itu kepercayaan pengundi terhadap calon kalau calon bercakap bohong dan tidak tunaikan janji pengundi akan hilang kepercayaan macam mana nak menang,” katanya kepada media selepas melancarkan Briged Gempur 2314 Pemuda Barisan Nasional (BN) Dun Sungai Manik di sini hari ini.

Katanya, pengundi kini sudah bijak dan enggan ditipu dan digula-gulakan oleh mana-mana parti politik termasuk pihak pembangkang.

“Kita tidak mahu ditipu lagi, pengundi perlu sedar dalam pilihan raya lalu yang telah dimanipulasi dengan pelbagai cerita fitnah, tohmahan, namun kini pengundi sudah bijak tak mahu ditipu dan dihasut serta digula-gulakan

“Kita BN tidak ada gula-gula, tipu-tipu kerana kita bercakap perkara yang benar nak tolong rakyat kita tolong dalam bidang pendidikan, infrastruktur dan menjaga keamanan semua kita lakukan.

“Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) ditambah pelajar masuk universiti daripada keluarga berpendapatan RM3,000 kebawah diberikan bantuan, pelbagai benda yang diteruskan kita tak tipu kita tunaikan janji kita berbeza dengan pembangkang datang sini masa pilihan raya bawa gula sekampit minyak sekilo untuk berkempen lepas pilihan raya hilang,” katanya.

Katanya lagi tindakan calon pembangkang “melompat” dari kawasan lain dalam tempoh lima tahun dan pilihan raya kerana telah  menyedari kehadiran mereka ditolak oleh para pengundi.

“Tak perlu jadi wakil rakyat nak menang pilihan raya baru kita boleh berkhidmat pada rakyat sekiranya benar-benar ikhlas itu perbezaan di antara kita BN dan pembangkang,” katanya.

Tajuddin turut menyeru anak muda supaya tampil kehadapan bagi menarik sokongan daripada pengundi muda.

“Gunakan jentera pemuda untuk mengerakkan jentera kita sehebat mungkin supaya dapat sokongan mereka.

“Pasir Salak, Sungai Manik banyak orang muda, bukan bermakna gempur kerana takut dengan serangan parti lawan kita tidak mahu mengambil mudah untuk memastikan jentera lebih kuat mantap capai kemenangan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");