Perak Hari Ini

Briged Utara PGA Ceriakan Pesakit HRPB

IPOH:Kedukaan dan kesakitan yang dialami oleh kira-kira 40 pesakit di wad kanak-kanak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pastinya terubat apabila menerima kunjungan Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) hari ini.

Kunjungan yang diketuai Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner (SAC), Mohd Shahar Ibrahim itu diadakan sempena Hari Peringatan Polis Ke-211.

Turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Briged Utara,PGA Hasna Alibin dan Komandan Pusat Latihan PGA, Rusli Abas dan isteri Dr.Rusnah Idris merangkap Pengerusi PERKEP PLPGA.

Hadir sama Timbalan Pengarah Perubatan HRPB Doktor Nordin Nasir.

Selain bertanya khabar, kesemua pesakit tersebut turut menerima sumbangan berupa hamper daripada pihak terbabit.

Dalam ucapannya Azman berkata, lawatan tersebut bertujuan merapatkan hubungan antara kakitangan hospital, masyarakat dan pihak polis bersesuaian dengan tema sambutan hari Polis “Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada.”

“Selain program lawatan ke hospital kami juga mengadakan program derma darah dengan bantuan daripada Unit Tabung Darah dengan bantuan daripada Jabatan Perubatan Transfusi HRPB yang telah dilaksanakan pada 27 Mac lalu melibatkan 117 orang terdiri daripada para pegawai, anggota, pegawai awam PDRM, ahli PERKEP Briged Utara PGA, Komando 69 dan orang awam.

“Warga PGA dan PDRM akan sentiasa bersedia dalam melibatkan diri untuk menjayakan aktiviti kemasyarakatan seperti ini, semoga usaha murni seperti ini dapat merealisasikan 1Malaysia budaya masyarakat penyayang,” katanya.

Pihak Briged Utara PGA juga katanya akan mengadakan beberapa siri komuniti kepolisian pada bulan April hingga Mei seperti Solat Jumaat bersama Khariah Bandar Baru Putra serta menyumbangkan 200 naskah surah Yassin sumbangan Kem PGA.

Selain itu, turut dirancang program gotong royong bersama masyarakat kampung di Tanah Perkuburan Tambun melibatkan orang awam dan Jawatankuasa Penduduk Kampung kawasan Tambun serta lawatan kebajikan ke rumah balu-balu dan pesara Polis yang terlantar sakit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");