Jenayah

Bumbung Bas Tercabut Melanggar Jejambat

KUALA LUMPUR: Bumbung sebuah bas ekspres dua tingkat tercabut ketika melalui laluan bawah jejambat di Jalan Tun H S Lee menghala ke Lebuhraya Persekutuan, semalam.

Dalam kejadian jam 6.10 petang itu, bas terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Jalan Tun H S Lee menghala ke Jalan Duta.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, ketika kejadian, tiada penumpang di dalam bas berkenaan lapor Berita Harian.

“Ketika pemandu melalui laluan bawah jejambat berkenaan, tiba-tiba lelaki itu terdengar bunyi pelanggaran dari bahagian atas bas terbabit.

“Sebaik pemandu itu menghentikan kenderaannya, dia mendapati bahagian atas bas itu melanggar konkrit jejambat berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Zulkefly berkata, pemandu bas terbabit tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan itu.

“Bagaimanapun, terdapat kerosakan pada bahagian atas dan bumbung. Bas berkenaan termasuk tempat duduk penumpang, cermin bahagian depan serta tingkap kiri serta kanan.

“Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai hingga menyebabkan kemalangan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");