Jenayah

Bunuh Bayi Kerana Bebanan Kerja

BENNDORF – JERMAN. Seorang ibu tergamak membunuh dua bayinya dengan memasukkan mereka ke dalam beg plastik lalu disumbat di dalam peti sejuk beku selama lebih 10 tahun.

Steffi Schmidt, 46, berkata tekanan akibat bebanan kerja yang melampau memaksanya membunuh dua bayinya dalam dua kejadian berasingan.

Kali pertama ibu tunggal itu membunuh bayinya yang baru lahir adalah pada 2004 diikuti pada 2008.

Menurut laporan, salah seorang bayi tersebut masih hidup ketika disumbat ke dalam peti sejuk dan dibiarkan mati.

Perbuatan wanita itu terbongkar apabila pasangan barunya menemui bungkusan yang mencurigakan lapor Dailymail.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");