Perak Hari Ini

Calon Muda Yakin Mampu Bantu BN Kekalkan Kerusi DUN Bota, Belanja

IPOH: Misi untuk mendekatkan diri dengan golongan muda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanja bukanlah sesuatu yang sukar bagi calon muka baharu Barisan Nasional (BN) Perak, Khairul Shahril Mohamed.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Perak berkata usaha mendekati golongan muda itu telahpun dijalankan terlebih awal menerusi beberapa program dalam konteks sosial dan ekonomi.

Tambahnya, beliau yakin dengan kesetiaan pengundi di DUN Belanja yang mana akan tetap memilih BN pada PRU14.

“Masyarakat dan orang muda di sini cukup selesa dengan BN, dan menerusi pendekatan-pendekatan pemimpin dan pentadbiran yang mesra anak muda, saya yakin mereka sekali lagi akan beri tanggungjawab ini kepada BN untuk digalas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengumuman calon BN Perak PRU14 di Kediaman Menteri Besar, dekat sini, pada Selasa.

Sementara itu, Setiausaha UMNO Parit, Khairudin Abu Hanipah yang diletakkan BN Negeri di kerusi DUN Belanja berkata, pencalonan tersebut tidak pernah terjangka olehnya.

Mengulas lanjut tentang gerak kerja mendekati rakyat sebagai calon muka baharu, beliau berkata ianya juga telah pun dilakukan sebelum ini.

“Kita di UMNO bahagian telah lama bergerak, cuma pada kali ini pendekatanya berbeza dan menjurus untuk PRU14. Saya sebagai calon harus bekerja kuat supaya pengundi di DUN Belanja dapat mengenali dan memahami cara gerak kerja saya,” ujarnya.

Dua  kerusi berkenaan kemungkinan masing-masing bakal menghadapi saingan tiga penjuru  antara BN dengan calon Pas, Mohd Zahid Abu Bakar (DUN Belanja) dan Mumhammad Ismi Mat Taib (DUN Bota), serta calon daripada Pakatan Harapan Perak yang masih lagi belum diumumkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");