Perak Hari Ini

Calon ‘Nomad’ Pembangkang Bukan Mahu Jadi Wakil Rakyat Sebenar

IPOH:Calon pembangkang yang disifatkan calon ‘nomad’ kerana sering bertukar-tukar kerusi ditandingi pada Pilihan Raya Umum (PRU) disifatkan sekadar ingin menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) bukannya wakil rakyat sebenar.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan, Datuk Saarani Mohamad berkata calon-calon pembangkang ini sentiasa berlari dari satu tempat ke satu tempat sekaligus tidak memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

“Calon berpindah randah ini tidak memberikan perkhidmatan, jadi rakyat kena tahu calon pembangkang bukannya wakil rakyat sebenar sebaliknya ingin menjadi ahli Dewan Undangan Negeri sahaja contohnya Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, dahulu dia bertanding di Pasir Panjang dalam masa yang sama jadi menteri besar ketika itu tidak berikan perkhidmatan.

“Melainkan apabila BN menang pada tahun 2013, kita yang berikan khidmat dan Nizar lari pula ke Changkat Jering walaupun kita tak menang di Changkat Jering banjir di sana UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang datang berikan bantuan.

“Akhirnya dia tahu orang Changkat Jering marah kepadanya jadi dia perlu ke Sungai Rapat sama juga yang lain. Nga Kor Ming apa dia buat di Taiping, tak ada apa-apa yang bertungkus lumus di sana kerajaan tempatan dibawah Kerajaan BN,” katanya mengulas berita mengenai Nizar yang dikatakan akan meninggalkan kerusi DUN Changkat Jering dalam Parlimen Bukit Gantang yang akan bertanding di DUN Sungai Rapat dalam Parlimen Gopeng serta Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming merupakan calon pakatan pembangkang untuk kerusi Parlimen Teluk Intan pada PRU-14 nanti.

Katanya lagi, BN akan meletakkan calon yang menawarkan perkhidmatan bukanya calon hanya pandai berbicara sahaja.

“Dia sedar orang tak terima jadi dia lari ke tempat lain dan rakyat di kawasan baru terpedaya lagi berbeza dengan BN yang tidak henti memberikan perkhidmatan pada rakyat,” katanya.

Mengulas sama ada beliau akan mempertahankan kerusinya di Kota Tampan jelas Saarani kesemuanya terserah kepada pucuk pimpinan bagi memutuskannya.

“Saya sebagai ahli parti sentiasa patuh pada arahan pucuk pimpinan sekiranya masih memerlukan, saya berkhidmat. Saya akan terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");