Perak Hari Ini

Calon ‘Setia’ Lebih Mudah Diterima

IPOH:Calon wakil rakyat yang ‘setia’ kepada kawasan yang pernah diwakilinya lebih mudah diterima oleh pengundi berbanding kehadiran calon luar di kawasan tersebut.

Calon Pas bagi kerusi DUN Sungai Rapat merangkap Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak Radzi Zainon berkata tindakan itu lebih baik kepada para pengundi sudah mesra dan mengenali wakil rakyat tersebut sekaligus gerak kerja memberikan perkhidmatan kepada rakyat juga menjadi lancar berbanding calon baru yang tidak dikenali oleh pengundi.

Jelasnya lagi, sekiranya wakil rakyat dapat berkhidmat dalam tempoh yang lebih panjang sekurang-kurangnya dua penggal pada tempat yang sama itu adalah lebih baik sekaligus kerana dapat memperbaiki hubungan dan reputasi sekiranya gagal mengekalkan reputasi baik dalam tempoh empat tahun atau lima tahun pertama mengalas tugas.

Beliau ketika diminta mengulas pertembungan Pas dengan calon Amanah iaitu bekas ADUN Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar di Kerusi Dun Sungai Rapat, Radzi mengakui telah pun bersedia.

“Kemungkinan akan berlaku saingan sengitlah tetapi kita telah bersedia,” katanya ringkas.

Radzi turut menyifatkan calon yang dikemukakan oleh mana-mana parti sememangnya memiliki kewibawaan masing-masing malah mereka dipilih daripada orang yang terbaik daripada kalangan mereka.

“Bagi PAS kita menghormati semua peringkat sebab itu ada kita tampilkan calon-calon yang berlatar belakang agama, calon profesional serta aktivis parti yang semenangnya terbukti pengorbanan mereka juga telah membantu kita sekian lama,” katanya.

Beliau turut menasihati semua pihak supaya tidak menghina calon lain kerana tanpa sokongan rakyat (pengundi) seorang wakil rakyat itu tidak mempunyai apa-apa makna.

“Kita jangan sesekali menghina itu adalah lebih baik dan mulia untuk kita dapat merasai tanggungjawab bahawa kita bukanlah seseorang tanpa dilantik oleh rakyat.

“Kalau kita tidak dipilih oleh rakyat kita bukannya siapa-saiapa tiada nilai langsung sebaliknya rakyat akan menghukum dan menghakimi kita dalam pilihan raya akan datang,” katanya mengulas dakwaan Nizar yang menyifatkan calon Pakatan Harapan lebih diterima rakyat sebaliknya calon Barisan Nasional  seperti ‘katak bawah tempurung’ yang hanya laku di tempat sendiri dan tidak diterima rakyat apabila berubah kerusi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");