Sukan Hari Ini

Chong Wei Luar Biasa: Najib

DATUK Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei atas kejayaannya memenangi pingat emas keenam negara pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018, hari ini.

“Hebat Dato’ @LeeChongWei, memang luar biasa! Setiap hayunan raket tadi membawa bersama semangat 30 juta rakyat Malaysia! Tahniah emas ke-6 Malaysia di #GC2018 ! #NegarakuKebanggaanku #TeamMAS #HebatkanNegaraku,” kata Perdana Menteri menerusi akaun Twitter rasmi miliknya, sebentar tadi.

Chong Wei berjaya menewaskan pemain ranking pertama dunia dari India dan pilihan pertama temasya, K Srikanth 19-21, 21-14, 21-14 untuk muncul juara acara perseorangan lelaki dalam perlawanan yang berlangsung selama 67 minit lapor Sinar Harian.

Ia adalah kemenangan kelima Chong Wei yang diletakkan pilihan kedua temasya Sukan Komanwel Gold Coast 2018 ke atas Srikanth yang diletakkan pilihan utama di sini, daripada enam pertemuan mereka sebelum ini.

Dengan kemenangan itu, Chong Wei menutup penampilan terakhirnya di Sukan Komanwel dengan rekod tanpa kalah dalam 13 perlawanan sejak tiga edisi lalu.

Selain Gold Coast, pemain kelahiran Pulau Pinang itu turut memenangi pingat emas di edisi 2006 di Melbourne dan 2010 (New Delhi) tetapi tidak beraksi pada 2014 di Glasgow, Scotland.

Chong Wei turut menyertai rekod yang dipegang bekas pemain beregu negara, Koo Kien Keat sebagai atlet paling cemerlang di temasya Komanwel dengan memenangi lima pingat emas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");