Perak Hari Ini

Dakwaan Ustaz Kazim, 2 Abangnya Bertanding PRU14: Zambry Minta Jangan Percaya

SITIAWAN: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menafikan dakwaan laporan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa penceramah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias serta dua abangnya, Timbalan Ketua Umno Bahagian Larut, Datuk Mohd Najmuddin Elias dan penyandang kerusi Dun Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah untuk bertanding sebagai calonb bebas dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau berkata pihaknya telah pun menerima maklum balas daripada ketiga-tiga pihak terbabit dan mereka terlebih awal menafikan laporan tersebut.

Jelas Zambry, beliau mengenali secara peribadi Mohd Kazim yang mana Pengerusi Pusat Pendidikan Al Barakah Ipoh itu tidak langsung berminat untuk terlibat dala. politik sebaliknya, lebih gemar menyebarkan dakwah Islam dalam berbakti kepada masyarakat.

“Ada yang ambil dari laman sosial beliau dan menggambarkan seolah-oleh begitu. Kita kenal Ustaz Kazim ini suka bergurau. Orang lain pula, tafsir yang sebaliknya. Kita jangan percayalah laporan itu.

“Tak tahu siapa mereka ini yang membaca yang tersirat, walhal beliau tidak bermaksud begitu,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kelulusan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT), Kampung Sungai Tiram, dekat sini, pada Jumaat.

Tambahnya, perkara-perkara sedemikian adalah biasa khususnya apabila tiba musim-musim pilihanraya umum.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak turut tidak menolak kemungkinan ianya sebagai salah satu cara untuk mengalihkan tumpuan rakyat daripada menyokong BN pada PRU14.

Terdahulu, sebuah laporan mendakwa Mohd Kazim akan bertanding di kerusi Parlimen Larut dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selama, manakala Ahmad Hasbullah akan mempertahankan kerusi DUN Kubu Gajah dan Mohd Najmuddin pula akan kembali bertanding di kerusi DUN Batu Kurau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");