Perak Hari Ini

Dun Sungkai Mungkin Dipulangkan Pada MIC

MUALIM: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungkai berkemungkinan akan dikembalikan kepada MIC pada PRU14 ini.

Menurut Ketua UMNO Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abd Talib, beliau sendiri tidak menolak perkara itu akan berlaku berikutan DUN berkenaan sememangnya kerusi tradisi MIC sebelum ini.

“Saya tak ada masalah malah mengalu-alukan sekiranya pucuk pimpinan tertinggi meletakkan calon MIC. Kerana kita nak tengok kerjasama daripada semua parti komponen utama BN di Tanjung Malim ini.

“MCA bertanding di kerusi Parlimen, UMNO bertanding di dua kawasan DUN iaitu Dun Slim dan DUN Behrang. Dan kalau boleh, berilah MIC bertanding di DUN Sungkai,” katanya.

Dalam pada itu, Khusairi turut menganggap penggunaan logo PKR sebagai logo Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) bukanlah sesuatu ancaman besar kepada Barisan Nasional (BN).

Malah katanya, pengunaan logo PKR itu hanya akan mengelirukan lagi penyokong parti-parti pembangkang itu sendiri.

“Pemilihan logo tersebut juga jelas menunjukkan pihak pembangkang tidak yakin dengan penggunaan logo parti masing-masing khususnya yang datang daripada DAP dan Parti Amanah Negara.

Tambahnya, penggunaan logo PKR juga dapat disimpulkan sebagai ‘tiket’ yang hanya membolehkan beberapa pihak dalam kalangan mereka bertanding sebagai contoh, yang datang daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“PPBM ni kita boleh katakan parti tangkap muat. Strukturnya tak lengkap dan tiada cawangan sebagaimana parti-parti lain. Buat mesyuarat pun tak ikut sebagaimana yang ditetapkan perlembagaan parti dan disebabkan itu ia dibubarkan sementara.

“Penggunaan logo PKR ni saya berpendapat bukanlah sebagai logo penyatuan sebaliknya ia hanya lebih kepada memberi peluang untuk parti lain bertanding, seperti PPBM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepda media selepas merasmikan Pembangunan Rumah Idaman Rakyat Slim River, di tapak projek berkenaan, dekat sini, pada Khamis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");