Jenayah

Gajah Mengamuk Di Hentian R&R

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang berhenti makan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) berhampiran Puncak Titiwangsa, Gerik, Perak, gempar apabila seekor gajah dewasa muncul di kawasan hentian itu sebelum merobohkan pagar di dalam kawasan berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kejadian dilaporkan berlaku jam 6 petang semalam apabila pihak PERHILITAN di Gerik dimaklumkan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik berhubung kemunculan seekor gajah.

Menurutnya, kemunculan gajah di Hentian R&R, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, menyebabkan pengunjung lari ketakutan.

“Seramai lima kakitangan PERHILITAN bergegas ke lokasi kejadian. Bagaimanapun gajah itu sudah keluar dari kawasan hentian dan memasuki semula hutan berhampiran.

“Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku pada orang awam dan gajah itu hanya merosakkan pagar serta memakan pokok palma yang ditanam di tepi hentian berkenaan,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online.

Menurutnya, berdasarkan gambar diambil pekerja di hentian itu, gajah itu adalah seekor gajah jantan dengan diameter tapak kaki sekitar 38.10 sentimeter.

Kadir berkata, susulan kejadian itu pihaknya akan terus memantau kawasan berkenaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Kejadian itu turut menjadi tular di media sosial apabila kelibat gajah setinggi lebih tiga meter itu dilihat melanggar pagar besi sebelum berjalan di dalam kawasanR&R berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");