Sukan Hari Ini

‘Gugup punca PKNP kecundang’

IPOH: Faktor kegugupan selain ketiadaan beberapa pemain utama dilihat sebagai antara faktor yang menyumbang kepada kekalahan 0-1 PKNP FC kepada Felda United dalam saingan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Batu Kawan, baru-baru ini.

Ketua jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim berkata, kesebelasan pemain jelas kelihatan gugup apabila berdepan kesebelasan skuad The Fighters itu yang menurunkan kesebelasan terkuat dengan membariskan kelima-lima pemain import dan dua pemain naturalisasi mereka.

Malah katanya, kesebelasan pemain juga terikut-ikut dengan rentak perlawanan hingga menyaksikan gawang sendiri dibocori pelawat.

“Sedikit kegugupan dapat dilihat pada aksi pemain apabila berdepan dengan barisan pemain Felda United yang menurunkan kesemua pemain import dan pemain naturalisasi.

“Bagaimanapun, kesebelasan pemain PKNP FC masih berupaya memberikan saingan dan buktinya dua percubaan daripada pemain muda Fandi Ahmad dan Irwan Syazmin yang sekadar terkena palang gol.

“Secara keseluruhannya, mereka (pemain) telah berusaha memberikan saingan kepada pelawat, cuma dibezakan dengan tandukan pemain import Felda United, Thiago Agusto pada minit ke-49,” katanya, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Sementara itu, Abu Bakar berkata, ketiadaan pemain utama seperti Hafiz Ramdan dan pemain import Franklin kerana kecederaan menjejaskan sedikit rentak PKNP FC.

Bagaimanapun katanya, semua pemain diharap dapat segera pulih daripada kecederaan menjelang saingan Liga Super berdepan Perak yang dijadualkan berlangsung pada 15 April ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");