Perak Hari Ini

Hanya Calon, Ejen Boleh Pohon Permit Berkempen PRU-14

IPOH:Polis Perak menafikan maklumat yang telah tular mengenai ‘undang-undang baru yang di wujudkan’ bagi permohonan permit ceramah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Menurut Ketua Polis Perak,Datuk Hasnan Hassan dalam tempoh berkempen untuk PRU-14 hanya calon dan ejen sahaja yang boleh memohon permit di bawah Seksyen 24B (3) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang mana tiada had tempoh masa permohonan ditetapkan.

“Manakala hanya calon atau ejen yang telah mendapatkan permit boleh membenarkan mana-mana pihak untuk turut berkempen pada tarikh,masa, dan tempat yang nyatakan di dalam permit tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Katanya, bagi mana-mana individu selain daripada calon atau ejen yang ingin mengadakan perhimpunan awam terbuka pula hendaklah memohon notis permohonan sepertimana kehendak Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Walaubagaiman pun, Akta Perhimpunan Aman 2012 ini tidak terpakai kepada mana-mana calon atau ejen yang dilantik bagi mengadakan ceramah sempena musim berkempen ini.

Pihak PDRM Perak menafikan maklumat yang telah ditularkan oleh netizen yang tidak bertanggungjawab.

“Dalam konsep perlaksanaan tugas, PDRM Perak sedaya upaya memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan berpaksikan kepada keselamatan dan ketenteraman awam.

“Orang ramai juga dinasihati agar tidak mudah terikut-ikut dan mempercayai sumber-sumber maklumat yang tidak sahih serta boleh mengeruhkan lagi keadaan.

“Sebaliknya berikan tumpuan dan fokus kepada maklumat yang berasaskan fakta dari sumber yang boleh dipercayai,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");