Perak Hari Ini

Harapan Perak Lancar Manifesto

IPOH:Pakatan Harapan Perak melancarkan manifesto untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang menggariskan lima teras termasuk 10 dasar tumpuan di sini malam ini.

Manifesto bertemakan ‘Bersama Harapan Perak Kembali Gemilang’ itu dilancarkan oleh Setiausaha Kehormat Pakatan Harapan Nasional Datuk Saifuddin Abdullah.

Lima teras itu ialah kebajikan dan ekonomi rakyat; amanah dan integriti; keadilan sosial dan demokrasi; budaya ilmu dan penyelidikan; alam sekitar dan komuniti.

Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) Perak, Ahmad Faizal Azumu semasa menyampaikan ucapan dan menawarkan janji manifesto bahawa cukai pintu tidak akan dinaikkan selama lima tahun walaupun negara mengalami kegawatan ekonomi serta memamsuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dari bil-bil kerajaan negeri sekiranya memenangi pilihan raya umum ke-14.

Antara yang mencuri tumpuan adalah teras amanah dan integriti iaitu berkaitan pengisytiharaan harta oleh Menteri Besar dan anggota exco kerajaan,jawatan Menteri dihadkan kepada dua penggal serta sijil audit untuk semua badan kerajaan termasuk Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) wajib dibentangkan dalam dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) sama ada di peringkat pusat mahupun negeri tidak berani secara terus terang mengisytiharkan harta milik mereka.Kita dapati kekayaan yang mereka miliki adalah lebih besar daripada kemampuan mereka.

“Demi membanteras amalan rasuah Pakatan Harapan akan mewajibkan Menteri Besar dan exco kerajaan negeri untuk mengisytiharkan harta mereka,” katanya.

Antara dasar lain turut melibatkan bantuan khas warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya serta veteran tentera dan polis; penubuhan institusi pembangunan wanita bagi meningkatkan keupayaan dan keterampilan komuniti wanita daripada pelbagai aspek pengurusan diri keluarga dan kerja.

Skim bantuan khas pelajar Institusi Pengajian Tinggi anak Perak dan biasiswa Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk pelajar ijazah lanjutan serta bantuan khas kepada sekolah pondok, sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat, sekolah persendirian Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan 9 Mei iaitu hari Rabu sebagai hari mengundi dan 28 April sebagai hari penamaan calon manakala 5 Mei pula tarikh pengundian awal.

Tempoh berkempen pula ditetapkan selama 11 hari bermula pada hari penamaan calon.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");