Perak Hari Ini

Hasil Kajian Invoke: ‘Pembangkang Sengaja Mahu Bagi Kita ‘Seronok’’ – Zambry

IPOH: “Saya tidak akan terperangkap dengan gelanggang mereka”, demikian kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika diminta memberikan respon terhadap hasil kajian Invoke yang diketuai Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Menurut Zambry, sokongan UMNO masih lagi kuat di negeri ini dan BN tidak akan termakan dengan hasil-hasil kajian sokongan politik khususnya datang daripada institusi yang dimilik pembangkang.

Jelasnya, beliau tidak menolak kemungkinan badan tersebut mempunyai agenda yang tersendiri.

Justeru Zambry menggesa anggota parti itu agar lebih berhati-hati dan tidak cepat berasa selesa dengan keputusan kajian tersebut.

“Adakalanya dia gambarkan sedemikan kerana sahaja hendak bagi kita ‘seronok’ dan ‘geli’. Apabila berasa geli, kita pun rasa kita boleh menang.

“Begitu juga dengan hasil kajian yang menunjukkan sesuatu situasi yang teruk. Contohnya kajian kepada sesebuah parti lain yang mendakwa parti tersebut tidak akan memenangi satu kerusi pun dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14). Dan ini orang mempersoalkan objektivitinya,” katanya.

Tambahnya, sesebuah kajian itu harus dibuat mengikut konteks negeri ataupun sesebuah kawasan dengan secara terperinci dan bukanya hanya sekadar daripada sampling umum, yang mana ianya dilihat lebih praktikal.

Beliau berkata demikian kepada media pada program Ceramah Eksekutif Bersama ‘Sister Sabaria’, bersempena dengan Pra- Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Dunia (WCIT) 2018 di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Sementara itu, ketika ditanya berkenaan senarai calon untuk PRU14, Zambry berkata ianya telahpun siap dan menunggu arahan daripada pucuk pimpinan tertinggi bagi mengumumkannya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan bahawa Rafizi, menerusi kajian Invoke menyatakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta, Sungai Manik dan Tualang Sekah adalah antara kerusi yang dijangka sengit kerana sokongan kepada BN masih lagi kuat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");