Berita Hari Ini

Hawana Disambut 29 Mei

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Hari Wartawan Nasional (Hawana) secara rasminya disambut pada 29 Mei setiap tahun.

Najib berkata, ia sebagai satu pengiktirafan kepada pengamal media yang dianggap sebagai unsung heroes di negara ini.

“Sebagai mengiktiraf peranan wartawan dalam mencorakkan dan membentuk minda masyarakat, maka kerajaan telah menerima cadangan proklamasi supaya Hawana disambut pada 29 Mei setiap tahun, sempena penerbitan edisi pertama Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

“Maka, saya dimaklumkan mulai tahun hadapan Hawana disambut pada tarikh berkenaan,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran Hawana 2017/2019 di sini, hari ini, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Menurut Najib, kerajaan turut menyambut baik Deklarasi Wartawan untuk memerangi berita tidak benar.

“Bahkan, saya ulangi sekali lagi bahawa, kerajaan baru-baru ini juga telah membentangkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 sebagai langkah untuk mengekang dan membendung isu penyebaran maklumat palsu ini,” katanya.

Katanya, beliau juga telah dimaklumkan bahawa akta itu telah menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong dan digazetkan hari ini (11 April).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");