Perak Hari Ini

Hormati Kaum Lain, Jangan Hina: Ds Zambry

“Jangan cepat dan terlalu pantas mengikut emosi atau melemparkan kata-kata yang tidak baik kepada orang lain, atau kaum lain,” demikian tegas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika berucap di sambutan Hari Vasakhi peringkat negeri disini, hari ini.

Menurut Zambry, terdapat segelintir pemimpin dikalangan parti pembangkang yang sering menggunakan kata-kata berbentuk penghinaan.

Jelasnya lagi, perbuatan itu jelas menunjukkan permimpin berkenaan mempamerkan contoh-contoh tidak baik kepada rakyat.

“Kita sendiri tak mahu orang mengata kita sebab itu kita perlu kawal diri. Hormat menghormati mesti ada.

“Berada dalam politik ada pihak disana yang mengelar saya itu dan ini. Adakah saya perlu bersikap demikian? Saya tidak mahu menjadi sebegitu kerana saya tidak mahu jadi contoh tidak baik kepada rakyat Perak.

“Kita perlu kawal diri, kawal emosi. Sebagai pemimpin kita perlu tunjukkan contoh yang baik,” katanya.

Zambry menambah, rakyat di negara ini mempunyai nilai-nilai persefahaman dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum.

Katanya, Malaysia bukan hanya mempunyai 3 kaum utama tetapi juga pelbagai kaum namun masih boleh hidup dalam aman dan damai.

“Kita perlu hargai perkara ini dan diajar supaya pecahkan dari segi halangan-halangan yang membawa kepada perpecahan kaum,” katanya lagi.

Terdahulu Zambry ditemui di sambutan Hari Vasakhi peringkat negeri Perak. Turut hadir, Datin Seri Saripah Zulkifli serta Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam, Keshvinder Singh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");