Jenayah

Hukuman Seumur Hidup Ke Atas Badie Kekal

KAHERAH: Mahkamah Mesir mengekalkan hukuman seumur hidup ke atas pemimpin pergerakan Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badir, berhubungan keganasan pada 2013, kata sumber perundangan.

Ia menolak rayuan dikemukakan Badie dan yang lain membantah keputusan dikeluarkan terhadap mereka Mei lalu dalam kes yang dilabel media tempatan sebagai perbicaraan ‘Kamar Operasi Rabaa’.

Memetik laporan BH Online, kes berkaitan tunjuk perasaan di Rabaa untuk menyokong Presiden Mohamed Mursi, yang disingkirkan tentera yang merampas kuasa.

Tunjuk perasaan itu, yang bermula selepas tentera menyingkirkan Mursi, disuraikan secara paksa oleh tentera, menyebabkan ratusan terkorban.

Badia dan dua lagi dipenjarakan seumur hidup dalam kes itu, 15 yang lain dihukum penjara lima tahun manakala 21 lagi dibebaskan.

Defendan didakwa dengan mengetuai pertubuhan yang diharamkan, merancang mencetuskan kekacauan dan menerbitkan berita palsu.

Pihak berkuasa mengharamkan Ikhwanul Muslimin selepas Mursi disingkirkan, menahan ratusan penyokongnya.

Keputusan mahkamah tinggi itu adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");