Berita Hari Ini

‘Ia Adalah Kesilapan Saya’

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, semalam meletakkan kesalahan pada dirinya sendiri susulan skandal manipulasi data pengguna rangkaian media sosial terbesar itu.

Zuckerberg, 33, mengakui beliau terlalu idealistik dan gagal memahami bagaimana platform yang mempunyai dua bilion pengguna itu boleh disalah guna pihak tertentu.

“Kami tidak mengambil pandangan yang luas tentang tanggungjawab kami dan ia adalah kesalahan yang besar. Ia adalah kesilapan saya dan saya minta maaf.

“Saya memulakan dan melancarkan Facebook. Saya bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku,” katanya menerusi keterangan bertulis yang dikeluarkan Jawatankuasa Perdagangan Dewan Amerika Syarikat (AS).

Beliau juga menyedari media sosial terbabit tidak melakukan yang terbaik untuk menghalang alat tersebut digunakan untuk menyebarkan berita palsu, campur tangan asing dalam pilihan raya, ucapan kebencian dan salah guna data privasi.

Jelasnya, beliau telah meminta lebih banyak pelaburan dalam keselamatan yang akan memberi kesan ketara kepada keuntungan syarikat itu pada masa depan.

“Saya mahu menjelaskan tentang keutamaan kami iaitu melindungi komuniti adalah lebih penting daripada memaksimumkan keuntungan,” ujarnya lagi.

Difahamkan, Zuckerberg akan memberi keterangan di hadapan senator dan penggubal undang-undang selama dua hari bermula hari ini atas kegagalannya melindungi 50 juta data pengguna yang didakwa disalah guna firma perunding politik, Cambridge Analytica untuk membina profil pengundi ketika kempen Pilihan Raya Presiden AS 2016 lapor AFP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");