Perak Hari Ini

“Ingatlah 11 Bulan Menderita, Jangan Biarkan BN Perak Tumbang”

IPOH:”Ingat, ingatlah, ingatlah peristiwa 2008 ingatlah 11 bulan menderita diperintah orang jangan kita biarkan Barisan Nasional tumbang sekali lagi, begitu ucapan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dihadapan semua calon-calon kerusi Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pilihan raya umum ke-14.

Tegas beliau, jentera parti haruslah mengelakkan sebarang anasir yang boleh membawa perpecahan sebaliknya mengukuhkan kekuatan BN Perak bagi memperolehi kemenangan besar dalam PRU kali ini.

“Mari kita bina kesatuan kita atas nama kekuatan BN membuktikan parti ini hebat dan boleh melakukan sesuatu yang hebat,” katanya dalam nada yang cukup bersemangat.

Kata Zambry lagi, setelah melalui proses rundingan di semua peringkat, bermula dengan mengambil kira pandangan akar umbi dan diteliti di peringkat negeri, yang kemudiannya diangkat ke peringkat pucuk pimpinan parti, BN Perak akan meletakkan calon di semua 24 kawasan Parlimen dan 59 kawasan Dewan Negeri Perak.

“Calon-calon yang dikemukakan telah melalui saringan dan yang paling penting diterima baik oleh semua peringkat parti bermula daripada peringkat akar umbi serta diperakukan oleh pucuk pimpinan parti.

“Berdasarkan kepada calon-calon yang terpilih, Barisan Nasional Negeri Perak bagi PRU Ke-14, menampilkan 54.3 peratus muka baru bagi Dewan Negeri Perak dan 29 peratus muka baru bagi Parlimen,” katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kata Zambry lagi, calon-calon yang ditampilkan datang daripada pelbagai latar belakang, yang terdiri daripada gologan profesional, pentadbir, guru dan juga pemimpin di peringkat akar umbi malah diharapkan gandingan tersebut akan dapat membentuk satu pasukan kerja yang mantap.

“30.5 peratus calon-calon Barisan Nasional Negeri Perak yang dipilih, terdiri daripada kumpulan generasi muda bagi kerusi Dewan Negeri  dan 16.6 peratus  bagi kerusi Parlimen,” katanya.

Katanya lagi, BN Perak juga mengiktiraf peranan kaum wanita dengan menampilkan 13 orang calon wanita termasuk dua daripadanya merupakan Ketua Puteri iaitu daripada 13 calon wanita berkenaan,  10 calon dinamakan bagi kerusi Dewan Negeri dan tiga bagi kerusi Parlimen.

Selain itu, daripada 31 kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional pada PRU-13 yang lalu, lapan penyandang digantikan dengan muka baru.

“Kita mengharapkan dengan penampilan calon-calon ini akan memungkinkan kemenangan besar kita dalam pru-14,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");