Isu Panas

Insiden Prebet Adam: Jamal Gesa Polis Siasat Dr M

Ketua Bahagian Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos menggesa polis menyiasat Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menggunakan insiden prebet Adam Jaafar untuk memburukkan institusi Diraja Johor.

Jamal yang dipetik laman rasmi ahli majlis parlimen BN, BNBBC berkata Dr Mahathir memanipulasi kejadian amukan prebet Adam di Chow Kit pada 1987 itu yang menyebabkan keistimewaan raja Melayu dalam perlembagaan.

“Apa yang Dr Mahathir lakukan kepada rakyat Malaysia dengan menggunakan media ketika itu dikawal sepenuhnya, hampir semua rakyat percaya dengan dakwaan itu.

“Hakikatnya, selepas 30 tahun didedahkan keluarga prebet Adam itu satu fitnah dan perbuatan menipu,” katanya dipetik sebagi berkata.

Semalam, media melaporkan adik perempuan prebet Adam iaitu Hawa Jaafar memohon maaf kepada kerabat diraja Johor yang diheret dalam insiden terbabit.

Hawa menjelaskan bahawa abangnya mengamuk kerana masalah di tempat kerja dan bukannya seperti dihebohkan media kononnya adik mereka dibunuh Sultan Johor ketika itu, Sultan Iskandar Sultan Ismail.

Justeru, kata Jamal, Dr Mahathir yang menjadi perdana mentari ketika itu perlu bertanggungjawab.

“Saya mahu undang-undang digunakan untuk siasat kerana perbuatan Dr Mahathir menyebabkan seluruh rakyat Malaysia ditipu,” katanya.

Insiden prebet Adam dibangkitkan semula selepas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam kenyataannya menyentuh perkara itu dan mengkritik Dr Mahathir yang kini merupakan pemimpin pembangkang.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");