Berita Hari Ini

Iran Sekat Laman Sosial Asing Di Sekolah

TEHRAN: Kementerian Pendidikan Iran pada Ahad menyekat penggunaan laman sosial asing di sekolah, lapor ILNA News selepas Tehran membataskan pengaruh platform atas talian dari luar.

Sekolah-sekolah hanya boleh menggunakan laman sosial domestik untuk berkomunikasi, menurut kementerian itu melalui sebuah kenyataan.

Telegram adalah laman sosial yang paling popular digunakan di Iran.

Pada 2017, aplikasi itu mendakwa memiliki 40 juta pengguna bulanan di republik Islam tersebut.

Instagram turut popular dan beberapa syarikat di Iran sering menggunakan kedua-dua platform tersebut untuk berkomunikasi dengan pelanggan mereka.

Sementara itu, Facebook dan Twitter pula disekat di republik itu, namun masih boleh diakses menggunakan rangkaian peribadi maya (VPN).

Beberapa platform Iran menawarkan perkhidmatan seperti Telegram dilihat semakin berkembang sejak beberapa bulan lalu.

Aplikasi Soroush mendakwa sudah memiliki kira-kira lima juta pengguna lapor Go To News World.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");