Berita Hari Ini

Ismail Sedia Lawan ‘Sifu’ Muhyiddin di Pagoh

Pemangku Ketua Bahagian Umno Pagoh, Ismail Mohamed yang juga ‘anak didik’ Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berkata beliau bersedia untuk suatu pertarungan antara anak murid melawan gurunya di Pagoh.

Ismail berkata demikian selepas BN mencalonkannya untuk bertanding melawan Muhyiddin di kawasan Parlimen Pagoh.

“Ini bukan masalah. Dah banyak kali tembung dengan sifu.

“Dulu Tan Sri Muhyiddin Yassin pun pernah bertembung sifu (beliau) Tan Sri Othman Saat,” katanya kepada Malaysiakini selepas pengumuman rasmi pencalonan namanya di Johor Bahru hari ini.

Othman merupakan menteri besar Johor dari tahun 1967 hingga 1982. Beliau kalah dalam pertandingan pemilihan Ketua Bahagian Umno Pagoh kepada Muhyiddin pada tahun 1985 dan kemudian dikatakan terpaksa bersara.

Muhyiddin, yang merupakan Ahli Parlimen Pagoh sejak tahun 1978, kemudiannya bertanding kerusi DUN di Pagoh dan berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor dari tahun 1986 hingga 1995. Beliau seterusnya kembali menjadi Ahli Parlimen Pagoh pada tahun yang sama.

Othman muncul semula berikutan perpecahan Umno pada tahun 1988, untuk mengetuai Johor menerusi parti serpihan Umno, Semangat 46 (telah bubar).

Ismail pula telah berkhidmat sebagai timbalan kepada Muhyiddin di bahagian Umno Pagoh sehinggalah parti itu memecat Muhyiddin pada tahun 2016. Ismail kini menjawat kedudukan pemangku ketua bahagian Umoh Pagoh.

Di bawah pengaruh sayap Muhyiddin, Ismail pantas menjadi anggota Exco kerajaan Johor, walaupun baru pertama kali menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri.

Ismail ialah bekas wakil rakyat di Bukit Serampang. Bagaimanapun, pada PRU14 ini, beliau tidak akan mempertahankan kerusi negeri.

Muhyiddin akan bertanding Parlimen Pagoh dan kerusi DUN Gambir.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");