Berita Hari Ini

Istana Pihak Berkecuali

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan semua pihak bahawa istana adalah pihak berkecuali dalam persaingan politik yang wujud antara rakyat.

Baginda bertitah, istana tidak memihak kepada mana-mana parti dan hanya berpihak kepada perlembagaan dan undang-undang yang dilaksanakan secara adil dan saksama.

“Dalam suasana menjelang pilihanraya tidak lama lagi, beta ingin memahamkan kepada semua bahawa istana adalah pihak yang berkecuali. Istana tidak memihak kepada parti A ataupun parti B,” titah baginda.

Baginda bertitah, istana juga sentiasa akur kepada kehendak rakyat yang selaras dengan sistem demokrasi berparlimen raja berperlembagaan yang diguna pakai dalam negara ini.

“Istana tidak akan memberi komentar menyokong pihak politik A ataupun B. Apa yang menjadi kewajipan istana ialah membimbing rakyat kepada kesantunan budi dan keluhuran adat yang mulia,” titah baginda.

Raja Muda Perlis, menegaskan kepada kerajaan dan pentadbiran untuk sentiasa adil dan saksama kepada semua rakyat jelata tanpa mengira latar politik mereka.

“Laksanakan program yang meninggikan maruah dan harga diri rakyat. Kepimpinan istana ialah kepimpinan untuk semua rakyat secara saksama. Istana merentasi agama, parti politik dan warna kulit,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berangkat merasmikan ‘Majlis Muhibbah Bersama Masyarakat Cina dan Siam anjuran One Centre Malaysia, Tahun 2018’ yang diadakan di One Centre Malaysia Darul Abrar, Masjid Lama Kubang Gajah di sini, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");