Perak Hari Ini

Isu Mansuh Tanah Hutan Simpan: “Pembangkang Hanya Cerita Separuh”

IPOH:Pihak pembangkang hanya gemar bermain dengan angka tujuan untuk membangkitkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan,Datuk Saarani Mohamad berkata dakwaan yang tular di aplikasi WhatsApp baru-baru ini mengenai tindakan memansuhkan tanah hutan simpan oleh kerajaan negeri seluas 3,847 hektar itu adalah tidak adil apabila pihak terbabit hanya menunjukkan sebahagian daripada cerita tersebut dan bukan keseluruhannya.

“Sidang akhbar Datuk Ngeh Koo Ham yang mendakwa memansuhkan 3,847 hektar hutan simpan kekal sebelum meninggalkan takhta itu adalah ayat jahat, ayat menghasut untuk mengajak orang ramai keliru marah serta benci.

“Pada yang menyebar fitnah dia tidak cermat dan bijak kerana tidak membuat kajian secara menyeluruh dan hanya menonjolkan cerita keluasan tanah yang dimansuhkan sebagai hutan simpan dan tidak ceritakan pula jumlah keluasan tanah yang telah diwartakan.

“Jika dia seorang pejuang dan aktivis alam sekitar dia hendaklah bercerita perkara benar dan seadil-adilnya dengan angka yang betul dan rujukan dibuat oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian Negeri serta Jabatan Hutan Negeri,” katanya.

Katanya hasil rujukan kepada kedua-dua jabatan itu cadangan pembatalan tanah seluas 11,045.5 ekar dibuat pada November 1998 dalam satu mesyuarat exco pada tahun itu dimansuhkan daripada hutan simpan negeri Perak setelah diputuskan.

Tindakan penwartaan katanya mengambil masa yang panjang untuk proses sukatan tanah yang mengambil tempoh masa panjang sehingga hujung tahun 2017 dan hanya boleh diwartakan pada 15 Febuari 2018.

“Pada tahun 2013 Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menjadi Menteri Besar saya ada di situ sebagai salah seorang exco kerajaan negeri telah meneliti balik keluasan tanah itu yang akhirnya membuat keputusan mengurangkan kerana sangat luas dan kelulusan adalah berasaskan keperluan ketika itu.

“Tindakan membatalkan kawasan rizab hutan itu pula adalah untuk tujuan dijadikan kawasan rancangan tanah pertanian berkelompok (RTB) malah ketika itu kawasan tersebut sudah tiada kayu balak dan telah diteroka, jadi kita luluskan dengan membatalkan dahulu daripada hutan simpan dan ditukar kepada tanah kerajaan untuk diberikan.

“Kajian semula daripada cadangan asal bukannya seluas itu untuk dimansuhkan jadi pada 9 Oktober 2013 Mesyuarat kerajaan negeri membuat keputusan untuk kurangkan keluasan tanah dicadangakan daripada 11,045.5 ekar kepada hanya 9,506.14 ekar,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya tindakan pembatalan terhadap beberapa tanah hutan simpan adalah untuk kegunaan RTB dan tanah dirizabkan bagi kegunaan Orang Asli.

“Keputusan memansuhkan hutan simpan kekal ini dibuat pada november 1998 melibatkan kawasan seluas 11,045.5 ekar di empat kawasan iaitu Hutan Simpan Bintang Hijau (9,300.5 ekar), Hutan Simpan Pondok Tanjung (545 ekar), Hutan Simpan Bubu (950 ekar) dan Hutan Simpan Bukit Larut (250 ekar) telah dikurangkan daripada jumlah asal dan diwartakan pada Mac 2018.

“Meraka cari rahsia berapa jumlah tanah hutan simpan yang telah dikeluarkan tetapi tidak tanya berapa keluasan tanah kerajaan kita wartakan menjadi Hutan Simpan.

“Sebagai contoh pada tahun 2015 hingga 2018 pembatalan atas sebab tertentu iaitu rancangan pertanian berkelompok, rizab orang asli bagaimanapun digantikan balik di lokasi lain dengan keluasan 3870.07 hektar serta digantikan semula dengan keluasan 7439.88 hektar lebihan digantikan berjumlah 369.8 hektar,” katanya.

Katanya jumlah pewartaan Hutan Simpan Kekal di negeri ini merupakan yang tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu 2,464,617 ekar kawasan hutan telah diwartakan atau 47.43 peratus keluasan tanah negeri semasa.

Kata Saarani lagi, kerajaan negeri akan meneliti daripada segi perundangan sekiranya terdapat unsur berita palsu yang berniat mengaibkan serta memanipulasi fakta sebenar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");