Perak Hari Ini

Isu Warta Tanah: Ngeh Cabar Senaraikan Siapa Terima Tanah

IPOH:Penasihat DAP Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham ternyata masih belum berpuas hati terhadap penjelasan yang diberikan pihak Kerajaan Negeri dan tampil mencabar kembali berkaitan pemansuhan 3,847 hektar Hutan Simpan Kekal (HSK) baru-baru ini.

Malah, Ngeh turut menyifatkan kenyataan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan, Datuk Saarani Mohamad tidak menjawab persoalan yang dilemparkan olehnya.

“Seperti yang saya jangka Barisan Nasional (BN) Negeri Perak mentadbir negara secara tidak telus dan berahsia jadi saya mencabar Kerajaan Negeri Perak untuk mengemukakan secara terperinci senarai nama individu dan pihak yang diberikan hak bagi keluasan 3,847 hektar (9,506 ekar) tanah tersebut.

“Dia (Saarani) tak jawab langsung apa yang saya bangkitkan, apa yang bangkitkan ialah mengenai 3,847 hektar (9,506 ekar) tanah telah diluluskan pada 15 Febuari 2008 dan diwartakan pada 29 Mac 2018 serta dikeluarkan daripada rizab hutan simpan.

“Apabila dibatalkan kerajaan negeri boleh beri milik kepada orang perseorangan, syarikat atau untuk tujuan yang lain malangnya dia jawab bukan tanah saya bangkitkan iaitu Hutan Simpan Larut, Hutan Simpan Pondok, Hutan Simpan Bubu, Hutan Simpan Bintang Hijau yang keseluruhan berjumlah 3,847 hektar,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya, Saarani juga dikatakan tidak menyatakan secara terperinci senarai jumlah tanah yang diberikan untuk dijadikan Rancangan Tanah Pertanian Berkelompok (RTB) dan jumlah diberi milik kepada rakyat dan juga dijadikan rizab Orang Asli.

“Semua tempat yang dinyatakan untuk rizab Orang Asli bukannya tanah yang saya bangkitkan malah video penjelasan yang viral seolah video proganda BN sahaja.

“Isu yang dibangkitkan ialah tanah baru yang diwartakan dua minggu yang lepas jadi saya mencabar supaya pihak kerajaan memberikan senarai berapa jumlah tanah daripada digunakan untuk RTB,rizab Orang Asli, orang perseorangan dan syarikat,”katanya.

Beliau turut mendakwa tindakan pewartaan itu tidak telus dan disyaki tanah tersebut akan diberikan kepada ‘kroni’ serta berkemungkinan bagi mengumpul dana pilihan raya.

“Mereka mengaku mengambil masa lama untuk menyukat tanah tetapi langkah itu hanya mengambil masa enam bulan mesti siap sahaja,” katanya.

“Dia tak telus dan saya syaki ia akan diberikan kepada kroni-kroni dan mungkin untuk mendapat dana pilihan raya, saya nak dia jawab siapa sebenar pihak yang diberikan tanah ini,” katanya.

Terdahulu, Saarani menjawab dakwaan Ngeh kononnya pemansuhan hutan simpan seluas 3,847 hektar itu dibuat secara tergesa-gesa adalah tidak benar kerana keputusan untuk memansuhkan kawasan berkenaan telah dibuat sejak 1998.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");