Perak Hari Ini

Jamaie’ Perak Senarai Permintaan Buat Parti Politik Bertanding PRU-14

IPOH:Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Negeri Perak (JAMAI’E) tampil melontarkan pendapat serta permintaan kepada parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) agar prosesnya berlaku secara adil.

Antara yang menjadi permintaan pertubuhan ini ialah Perdana Menteri yang akan mengalas tugas selepas PRU-14 tidak dibenarkan memegang portfolio kementerian lain terutama sekali Menteri Kewangan serta menjunjung perlembagaan dan mengangkat kedaulatan undang-undang ‘rule of law’.

Menurut Pengerusinya, Dr Kharuddin Abdul Malik, agenda menobatkan kepimpinan negara yang berkebolehan, bijak dan bermaruah adalah sangat utama dan seharusnya pemimpin itu perlu adil dan amanah dalam menjalankan tugasnya.

“Perdana Menteri tidak boleh mengalas tugas, cukuplah tugas sebagai Perdana Menteri sahaja jika kita tanya ada tak orang setuju Pengerusi Masjid untuk jadi Bendahari masjid, ketua kampung jadi bendahari kampung pastinya seratus peratus orang tidak setuju.

“Kita minta parti-parti bertanding menyatakan sikap mereka kepada tuntutan ini dan kami akan menyokong parti politik yang mempunyai aspirasi yang sama kami nyatakan berkaitan pentadbiran yang bersifat demokrasi ‘good governance’ dan ‘rule of law’.

“Kami mencadangkan beberapa perkara untuk dilaksanakan antaranya memperkasakan institusi parlimen yang mampu membuat keputusan-keputusan semak imbang terhadap keputusan-keputusan eksekutif serta perlantikan penjawat-penjawat awam penting seperti Peguam Negara,Pengerusi Suruhan Raya Pilihanraya (SPR), Ketua Audit Negara dan Peusuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memlalui skrutini Parlimen dan bertanggungjawab kepada Parlimen,” katanya.

SPRM juga katanya perlu diberi kuasa pendakwaan tanpa melalui Jabatan Peguam Negara dan kepimpinan negara.

Pertubuhan Jamaie’ Perak juga meminta pihak SPR memastikan proses PRU-14 dilaksanakan secara adil tanpa unsur pilih kasih kepada mana-mana pihak.

“Kita mahu pilihan raya yang adil dan SPR sebagai pengendali PRU mestilah adil, tegas, berintegriti dan beramanah, rakyat pula perlu diberikan hak mendapatkan maklumat yang tepat dan berkualiti serta sebarang ugutan,imbuhan (rasuah) wajib dibanteras dan dihalang.

“Isu persempadanan semula dan tarik mengundi pada Rabu 9 Mei menjadi kontroversi, rakyat melihat SPR seolah memihak kepada pihak tertentu, rakyat pula dikempenkan dengan propaganda politik berasaskan kebencian dan sentimen kepartian melampau,” katanya.

Katanya rakyat perlu memahami bagaimana cara bagi memilih pemimpin sebenar melalui Fiqah Kepimpinan yang perlu diketahui oleh semua.

“Keputusan PRU-14 kita minta menghormati keputusan pilihanraya berdasarakan keputusan yang adil jika keputusannya adil rakyat tiada masalah menerimanya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");