Panasnya Hari Ini

Jangan Rosak, Koyak Bendera Parti Bertanding – TPM

BAGAN DATUK: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap petugas parti politik yang bertindak merosak dan mengkhianati bendera lawan yang bertanding sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan tegas itu akan diambil tanpa mengira parti politik terbabit, baik dari kerajaan mahu pun pembangkang.

“Kita tahu apabila proses demokrasi berjalan, kita perlu menghormati bagi menterjemahkannya.

“Antaranya adalah mengizinkan semua parti politik berdaftar boleh kemukakan calon (bertanding pilihan raya) itu hak demokrasi.

“Saya minta Briged Gempur Pemuda BN (Barisan Nasional) jangan koyak atau turunkan bendera lawan, kekalkan ia sebab budaya kita bukan gengsterism dan kongsi gelap. Saya yakin dengan demokrasi, kita hormati mereka (lawan), pertahankan bendera dan terus hormati supaya mereka turut hormat bendera kita.

“Jika mana-mana jentera Pemuda BN atau UMNO mengoyakkan bendera mereka (lawan) saya arahkan OCPD (Ketua Polis Daerah) untuk ambil tindakan terhadap Briged Gempur Pemuda, tiada ‘cover up’ kalau jentera BN buat salah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada lawatan ke Pusat Daerah Mengundi Sungai Sumun di sini hari ini.

Yang hadir sama, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan calon DUN Hutan Melintang, Datuk Khairuddin Tarmizi

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata sebagai menteri bertanggungjawab, beliau perlu berlaku adil kepada parti lain yang bertanding dan mereka juga seharusnya menghormati BN.

Beliau berkata, jika parti lain juga turut melakukan kesalahan sama, pihaknya juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas dan tidak akan menutup kesalahan itu.

“Apa perlu nak bergaduh sangat nak bertekak dan sebagainya (kerana bendera parti politik), kita ke masjid dan tanah kubur yang sama, kenduri yang sama kita satu kampung, lepas pilihan raya nak masam muka buat apa?” katanya.- BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");