Perak Hari Ini

“Janji Cuti Umum Pembangkang Hanya Sekadar ‘Gula-Gula’’ – Zambry

IPOH: Pengisytiharan cuti umum dua hari pada selepas tarikh membuang undi sekiranya memenangi Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) di Perak oleh pembangkang tidak lebih hanya sekadar ‘gula-gula’ kepada rakyat.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pilihanraya umum bukanlah hanya bersandarkan soal cuti semata-mata sebaliknya, ianya sesuatu yang jauh lebih serius.

“Seorang Perdana Menteri suatu ketika dahulu yang kini sudah berada bersama pembangkang juga telah mengadakan pilihanraya umum bukan waktu cuti.

“Mungkin mereka tak tahu atau lupa. Tetapi ianya ada dua pilihanraya,” katanya ketika ditanya pemberita berkenaan tawaran tersebut, menerusi satu kenyataan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Perak, Ahmad Faizal Azumu hari ini.

Walaupun tidak dinyatakan secara terperinci namun dengan boleh difahami Zambry mengaitkan keadaan PRU ketika tahun 1995 dan 1999.

Pada masa sama, beliau berkata rakyat Perak tidak akan mudah termakan dan mempercayai perkara tersebut kerana rakyat di negeri ini sudah matang dan mahu melihat sesuatu tawaran yang lebih besar pada PRU14.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perjumpaan Pemimpin-Pemimpin Masyarakat Orang Asli Bersama Menteri Besar di Dewan Serbaguna Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Rabu.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; barisan EXCO Kerajaan Negeri; Ahli Dewan Negara (Senator Orang Asli Malaysia), Datuk Isa Abd Hamid serta Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Perak dan Kedah, Harulnizam Abd Rahman.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");