Sukan Hari Ini

JDT Dalam Landasan Pertahan Gelaran Liga Super

TONGGAK tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa, menyifatkan kemampuan pasukannya menewaskan Kelantan 2-1 membuktikan Harimau Selatan dalam laluan mempertahankan
kejuaraan Liga Super.

Insa mengakui Kelantan yang mempertaruhkan ramai tonggak muda memberi saingan sengit dalam kunjungan JDT di Kota Bharu malam tadi.

Kelantan terlebih dahulu menggamatkan stadium hasil penyudah Muhammad Ghaddar pada minit ke-11 sebelum JDT bangkit menerusi penalti Safiq Rahim sebelum menutup babak pertama dan jaringan kemenangan Insa hadir pada minit ke-82.

“Kemenangan ini membuktikan kami mampu menjuarai Liga Super. Ketika saingan menjadi amat sukar dan pasukan bangkit daripada ketinggalan, ia membuktikan kebolehan kami untuk diangkat sebagai juara,” katanya, sebagaimana dilaporkan Stadium Astro.

Jurulatih sementara JDT, Raul Longhi, turut sependapat dengan Insa sambil memuji kemampuan pemain muda Kelantan memberikan saingan hebat.

Namun, Longhi menyifatkan komitmen tinggi setiap pemain sebagai faktor kemenangan ke atas The Red Warriors (TRW).

“Ini merupakan perlawanan yang sukar, tetapi JDT berjaya meraih kemenangan dan tiga mata yang penting buat pasukan,” kata Longhi.

Sementara itu, pengendali Kelantan, Fajer Ibrahim, berasakan JDT bernasib baik untuk menewaskan barisan kendaliannya.

Bagi jurulatih kelahiran Syria itu, pemain-pemain muda Kelantan sudah memberikan aksi terbaik ketika berdepan JDT.

“Ini merupakan perlawanan yang amat sukar berdepan pasukan yang sangat berkualiti seperti JDT,” katanya.

Dalam dua perlawanan di bawah asuhannya, Kelantan masing-masing seri dan kalah sekali.

Begitupun, Fajer percaya mereka di landasan tepat untuk merakamkan kemenangan pertama di bawah kendaliannya.

“Kini, kami bermain lebih pantas dan lebih baik. Kami tewas dalam perlawanan ini tetapi kami berhak untuk mendapatkan keputusan yang berbeza berdasarkan corak permainan yang telah ditampilkan,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");