Berita Hari Ini

Jenazah Dr Fadi Selamat Dikebumikan

GAZA: Jenazah Dr Fadi M R Albatsh selamat dikebumikan di utara Jalur Gaza, semalam, dihadiri keluarga dan ahli pelbagai latar belakang politik di Palestin.

Menurut laporan Reuters dan sumber Berita Harian, jenazahnya diterbangkan dari Kuala Lumpur ke Kaherah, Mesir ditemani isteri dan anak-anaknya kemudian dibawa dengan menggunakan jalan darat ke Gaza.

“Keranda Fadi yang dilitupi bendera Palestin diusung oleh anggota polis ketika upacara penghormatan terakhirnya.

“Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, ketika menghadiri upacara pengebumian Fadi memberitahu pihak yang bertanggungjawab akan dihukum.

“Tangan berdosa yang membunuh Fadi Albatsh akan terputus,” katanya.

Hamas sebelum ini mengesahkan Fadi adalah salah seorang anggotanya tanpa menjelaskan peranannya di dalam pergerakan itu.

Seorang lagi wakil Hamas, Khalil Al-Hayya, berkata Israel bertanggungjawab ke atas pembunuhan itu.

“Israel yang bertanggungjawab di atas pembunuhan dan syahidnya Fadi, pembunuh saintis kami tidak akan dapat terlepas daripada hukuman,” katanya.

Fadi seorang imam dan juga pensyarah di Kuala Lumpur British Malaysia Institut (UniKL BMI), ditembak mati di luar kondominium di Jalan Gombak, Setapak pada 21 April lalu ketika beliau sedang berjalan ke surau untuk menunaikan solat Subuh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");