Isu Panas

Jentera BN Perlu Fahami Manifesto

BEHRANG – Jentera BN di semua peringkat termasuk akar umbi perlu memahami dengan jelas manifesto parti itu dalam PRU14 yang dilancarkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, manifesto yang menyentuh semua strata rakyat Malaysia melalui 14 teras dan 300 inisiatif itu perlu difahami sejelasnya oleh jentera BN supaya mudah untuk disampaikan kepada pengundi.

Katanya, jika jentera tidak betul-betul memahami aspirasi manifesto BN itu secara tidak langsung pengundi tidak akan dapat mengetahui apa yang akan dilakukan kerajaan BN jika diberi peluang untuk terus menerajui tampuk pemerintahan negara ini.

“Jentera BN perlu bersiap siaga dan serius dalam memahami manifesto BN yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri yang mahu memastikan negara ini terus maju dan membangun ke arah negara maju,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan penubuhan MyBOMBA Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon C3 Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) di Behrang Stesen, semalam lapor Sinar Harian.

Hadir sama, Pemangku Ketua Balai Bomba Tanjung Malim, Zaini Saleh dan Pengerusi JPP Zon C3 MDTM, Mohd Syahrul Rahim.

MyBOMBA JPP Zon C3 MDTM di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang ditubuhkan itu bertujuan untuk membantu pihak bomba dalam mencegah dan menyampaikan maklumat kebakaran.

Ka Chuan yang juga Setiausaha Agung MCA berkata, semua manifesto BN perlu diperhalusi mengikut keperluan dan kesesuaian kepentingan pengundi setempat supaya pengundi mengetahui manfaat yang bakal dibawa oleh kerajaan BN nanti.

“Manifesto BN bukannya khayalan atau janji palsu kerana sudah terdapat banyak bukti kejayaan kerajaan BN menjalankan pelbagai transformasi yang kini dinikmati oleh rakyat bukannya pihak pembangkang yang hanya pandai menabur janji manis,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");