Berita Hari Ini

JPJ Nafi Isu Pelaksanaan VEP

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad menafikan berita tular pelaksanaan Vehicle Entry Permit (VEP) berkuat kuasa 1 Mei depan bagi kenderaan asing yang masuk ke negara ini.

JPJ, dalam satu kenyataan berkata, VEP masih lagi di peringkat ujian dan pengesahan sistem bagi memastikan kestabilan dan kesempurnaan sistem sebelum penguatkuasaan sepenuhnya dilaksanakan.

“Ingin ditegaskan bahawa pada masa ini tiada sekatan terhadap kenderaan dari luar negara atau Singapura masuk tanpa pendaftaran permit masuk atau VEP,” katanya lapor Bernama.

JPJ menyeru masyarakat agar tidak terpengaruh dan tidak mempercayai sebarang dakwaan pihak tidak bertanggungjawab dan sebarang maklumat berkaitan penguatkuasaan sistem VEP ini boleh dilayari di laman web http://vep.jpj.gov.my/#/about.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");