Sukan Hari Ini

KBS Tiada Halangan Laksana e-sukan Di Sekolah

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan pada dasarnya tiada halangan terhadap cadangan menjadikan e-sukan sebagai satu sukatan pelajaran atau kokurikulum di sekolah.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri M.Saravanan berkata ini memandangkan sektor berkenaan sedang meningkat naik dan mendapat pengiktirafan dunia apabila Majlis Olimpik Asia menyenaraikan sukan berkenaan di temasya Sukan Asia Hangzhou, China pada 2022.

“Walau bagaimanapun perkara ini perlukan penelitian dari segi pelaksanaan bagi memastikan kejayaan dan kesinambungan bagi melahirkan atlet serta penggiat e-sukan profesional di masa hadapan,” katanya pada sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini, pada Selasa lapor Bernama.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) yang ingin tahu perkembangan cadangan kerajaan menjadikan e-sukan sebagai kokurikulum sekolah.

Bagaimanapun Saravanan berkata perkara ini tertakhluk kepada Kementerian Pendidikan kerana ia melibatkan sukatan pelajaran sekolah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");