Membawang Hari Ini

“Kecamlah Saya, Tapi Jangan Kaitkan Ibu” – Ismail Izzani

PENYANYI Ismail Izzani berharap netizen tidak mengaitkan ibunya iaitu pen yanyi zaman 1980-an iaitu Datin Suliza Salam dalam isu putus cinta yang membabitkan dirinya.

Menurut Ismail, 18, dia sedikit terkilan apabila ibunya itu turut menerima tempias kecaman netizen di laman sosial.

“Saya ada kongsi foto bersama mama di laman Twitter dan gambar itu menjadi tempat netizen berbalah dan meninggalkan kecaman yang agak menyakitkan hati.

“Sebagai anak, saya turut terasa apabila mama terheret dalam isu ini. Saya tak kisah jika mereka hanya bercakap fasal saya tapi janganlah babitkan mama.

“Tapi iyalah, saya tak mampu halang itu semua. Saya hanya mampu berdoa semoga mama sihat dan semuanya baik-baik sahaja,” katanya kepada mStar Online.

Ismail ditemui semasa pelancaran lagu Luar Biasa yang diadakan di Red Box Plus, Pavilion, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dalam majlis tersebut, Ismail turut menyambut ulang tahun kelahirannya ke-18 pada 13 April.

Menerusi muat naik di Twitter pada Isnin, Ismail berkongsi foto bersama ibunya yang juga penyanyi popular era 80-an dengan kapsyen, never cheated on her (jangan pernah menipu dia).

Gara-gara kapsyen tersebut, netizen mula mengaitkan semula isu curang dengan bekas kekasih iaitu Sharifah Rose dan secara tidak langsung ibunya turut menerima tempias kecaman.

Sementara itu, penyanyi lagu Sabar ini memberitahu dia lebih selesa mendiamkan diri dan tidak membalas komen negatif berkenaan.

Baginya, orang luar tidak mengetahui perkara sebenar yang berlaku dan mereka hanya membuat andaian sendiri.

“Saya lebih selesa untuk diamkan diri dan tak balas komen yang menyakitkan hati itu. Biarlah sebab mereka tak tahu apa yang berlaku.

“Awalnya saya agak putus asa dengan apa yang terjadi, tapi mama bagi semangat untuk saya jadi kuat semula dan dia selalu pesan kepada saya inilah cabaran bergelar anak seni.

“Saya masih muda dan banyak lagi benda perlu belajar. Jadi, saya mahu move on dan teruskan karier seperti biasa,” katanya.

Sebelum ini, Ismail tampil membuat permohonan maaf kepada peminatnya di Twitter selepas Sharifah Rose yang juga merupakan seorang model hijabista mendakwa remaja itu bersikap curang terhadapnya sebanyak enam kali.

Ismail mengakui kesemua kesalahannya selain menyesal menyakiti hati teman wanitanya. Malah apa dilakukan adalah kerana dia tidak berfikir dengan baik.

Pendedahan wanita itu mengenai sikap Ismail telah menyebabkan penyanyi ini menjadi sasaran peminat terutamanya wanita yang berang dengan sikapnya itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");