Perak Hari Ini

Kehadiran ‘Muslim Mother Teresa’ Beri Inspirasi Kepada Rakyat Perak

IPOH: Kerajaan Perak menyambut baik kehadiran Pengasas Yayasan Sister Sabria, Sabariah Hussein ke negeri ini yang mana ia dilihat dapat memberi inspirasi kepada rakyat keseluruhannya untuk berbakti antara satu sama lain.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya berbangga kerana terdapat anak Malaysia seperti Sabariah yang berjaya melakukan aktiviti kesukarelawan di Kanada sejak sekian lama seperti menyediakan makanan percuma dan tempat perlindungan kepada gelandangan

Jelasnya, keperibadian Sabariah yang sehingga digelar ‘Muslim Mother Teresa’ perlu dijadikan contoh dan ikutan kepada masyarakat dan juga golongan anak-anak muda di Perak.

 

“Kita memerlukan golongan seperti ini, untuk terus berada di lapangan dan membantu masyarkat di mana sahaja mereka berada.

“Salah satu pengajaran yang kita boleh ambil daripada kisah hidup beliau adalah bagaimana seorang Muslim yang merasakan hidup dalam suasana masyarakat yang berbilang agama itu bukan sesuatu halangan yang besar, selagi kita mempunyai sifat pemurah dan penyayang dalam diri kita sendiri,” katanya.

Pada masa sama, Sabariah berkata kepada mana-mana individu yang ingin melakukan kerja-kerja amal ianya harus bermula daripada minat yang mendalam selain mempunyai matlamat yang ingin dicapai pada masa hadapan.

“Kesukarelawanan ini tidak mengharapkan bayaran. Bayaran itu akan ‘dibayar’ pada hari akhirat nanti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media pada program Ceramah Eksekutif beliau, bersempena dengan Pra- Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Dunia (WCIT) 2018 di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Ia turut dihadiri, isteri Menteri Besar, Datin Seri Saripah Zulkifli; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man.

Difahamkan, Sabariah yang menjangkau usia 70-an itu telah menetap di Montreal, Kanada sejak 30 tahun lalu.

Selain memasak bersama dengan beberapa sukarelawan lain untuk diagih-agihkan kepada masjid di sekitar Montreal, Sabariah juga turut bekerjasama dengan beberapa gereja tempatan dalam memberi bantuan kepada mereka yang kurang bernasib-baik.

Pada masa sama, beliau juga sedang giat menguruskan rumah perlindungan wanita, Our 2nd Home Shelter serta terlibat dengan beberapa aktiviti kesukarelawan antarabangsa termasuk menyertai sebuah badan amal Islam-Kanada yang tertua, Human Conern International.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");