Perak Hari Ini

Kerajaan Serius Bantu Rakyat, Sediakan Rumah Mampu Milik

MUALIM: Syarikat Perumah Negara Berhad (SPNB) Idaman hari ini melancarkan Pembangunan Rumah Idaman Rakyat Slim River yang melibatkan 454 unit premis perniagaan dan kediaman.

Pengerusi SPNB, Datuk Abd Latif Ahmad berkata 14 unit melibatkan lot kedai pejabat, 154 unit rumah teres dua tingkat, dan selebihnya merupakan kondominium dan pangsapuri.

Jelasnya, antara faktor sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat terhadap projek ini adalah kerana kedudukannya berhampiran dengan Lebuh Raya Utara Selatan dan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Slim River.

“Lokasi projek ini amat menarik minat pembeli yang mana ia bakal memudahkan penduduk untuk ke Kuala Lumpur.

“Sebagaimana yang disarankan Perdana Menteri, kita nak mewujudkan gaya hidup baharu di mana walaupun rakyat bekerja di Kuala Lumpur, mereka masih lagi boleh tinggal di kawasan luar daripada bandaraya tersebut, dengan kos rumah dan pengangkutan yang rendah.

“Negeri Perak ini antara negeri yang terkehadapan dalam projek ini. Kita sudah usulkan ke semua negeri. Cuma Selangor dan Pulau Pinang masih lagi tiada respon. Manakala Kelantan masih dalam perbincangan.

“Kita buat pendekatan yang holistik di mana pendekatan ini tidak mengira warna parti politik,” katanya.

Selain itu ujarnya, selain Slim River, projek ‘rumah mampu beli’ ini akan menyusul ke beberapa daerah lain seperi Ulu Kinta, Batu Gajah, Bidor dan Rungkup.

Beliau berkata demikian kepda media selepas merasmikan Pembangunan Rumah Idaman Rakyat Slim River, di tapak projek berkenaan, dekat sini, pada Khamis.

Sementara itu, Ketua UMNO Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abd Talib berkata inisiatif SPNB itu cukup membuktikan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) sentiasa menjaga kebajikan rakyat khususnya yang melibatkan soal perumahan.

“Kebajikan rakyat ini termasuk dalam manifesto BN yang mana kita nak bina lebih banyak rumah mampu milik dan menifesto yang terkini merupakan kesinambungan daripada menifesto pilihanraya yang lalu,” jelasnya.

Pada masa sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Rusnah Kassim berkata Kerajaan Negeri juga sentiasa berusaha menyediakan rumah-rumah mampu milik untuk rakyatnya seperti menerusi inisiatif projek Rumah Amanjaya yang dibangunkan di seluruh negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");