Perak Hari Ini

Kerjasama LPHP-MB Inc, Bina Rumah Mampu Milik Untuk Rakyat Manjung

LEKIR: Kerajaan Negeri Perak, menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah negeri (LPHP), dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar sentiasa berusaha dalam menyediakan rumah-rumah mampu milik kepada rakyat di seluruh daerah.

Antara inisiatif untuk masyarakat Manjung dalam memiliki kediaman yang selesa, hari ini dilancarkan Projek Rumah Amanjaya Batu 14 dan Batu 10, dekat sini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata selain dibina di atas tanah milik kerajaan atau agensi kerajaan negeri, sebahagian nilai harga jualan sesebuah rumah itu disubsidikan kerajaan.

Ujarnya, keluasan tanah bukanlah soal utama untuk membangunkan projek perumahan mampu milik, sebaliknya, kerajaan negeri akan tetap membinanya demi kesejahteraan masyarakat yang memerlukan di sesuatu daerah ataupun mukim.

“Di Batu 14 ini tanahnya luas sekitar 4 ekar sahaja, namun kita mampu membina 60 unit rumah dengan harga RM70,000. Subsidi kerajaan sehingga RM50,000.

“Tanah itu tanah kerajaan. Jadi kos untuk tanah itu tak ada. Kita hanya kenakan kos pembinaan rumah itu sahaja.

“Lagi satu di Batu 10, di mana sebanyak 340 unit rumah mampu milik akan dibina di atas tanah seluas 30 ekar, milik MB Inc,” katanya.

Selain itu, beliau juga  menggalakkan agar pemaju-pemaju perumahan di seluruh negeri untuk turut bersama-sama kerajaan negeri dalam menyediakan rumah-rumah mampu milik.

Ujarnya, kesediaan mereka untuk membangunkan projek-projek tersebut akan memberi manfaat kepada mereka kembali menerusi beberapa insentif yang akan diberikan kepada pemaju, termasuk melibatkan kos sedarhana.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pembangunan Rumah Amanjaya Batu 14 dan Batu 10 Lekir, di Tapak Projek Skim Perumahan Amanjaya Kampung Batu 14, Manjung.

Hadir sama, isteri beliau Datin Seri Saripah Zulkifli; calon Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Datuk Aminudin Hashim serta Pegawai Daerah Manjung merangkap Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip.

Difahamkan Rumah Amanjaya tersebut dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 tandas.

Usai majlis tersebut, Zambry dan tetamu yang hadir turut berkesempatan melawat dan beramah mesra dengan penduduk Kampung Spynie, dekat sini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");