Jenayah

Kes Liwat Pelajar Tahfiz Disebut Semula 23 Mei

KUANTAN: Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini menetapkan 23 Mei ini sebagai sebutan semula kes seorang sukarelawan yang dituduh meliwat dan melakukan gangguan seksual ke atas 10 pelajar lelaki sebuah pusat tahfiz di daerah ini sejak tahun lalu.

Hakim Siti Aminah Ghazali menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan memperoleh laporan perubatan semua mangsa daripada Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Pihak pembelaan memaklumkan mereka hanya memperoleh laporan awal perubatan dan kecederaan pelajar tahfiz berkenaan dan masih belum menerima laporan lengkap mengenainya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Fatinah Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Syed Azimal Syed Abu Bakar.

Memetik laporn BH Online, tertuduh, Nasrul Arman Ahmad, 41, sebelum ini dihadapkan ke mahkamah pada 22 Mac lalu terhadap 38 pertuduhan meliwat dan melakukan gangguan seksual terhadap pelajar tahfiz berkenaan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan ke atas 10 pelajar lelaki berusia 12 hingga 17 tahun di sebuah pusat tahfiz, di sini, dari Julai 2017 hingga Februari lalu.

Tertuduh turut berdepan 29 pertuduhan meliwat enam pelajar di pusat tahfiz itu dan rumahnya di Taman Selamat, Teluk Sisek, di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan.

Nasrul Arman juga didakwa dengan sembilan pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 kerana melakukan gangguan seksual dan mencabul empat pelajar pusat tahfiz berkenaan.

Jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara hingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");