Perak Hari Ini

‘Kita Tak Takut Tanding Kubu DAP’ – Pas

SHAH ALAM: Pas Selangor menyifatkan dakwaan mengatakan parti itu takut bertanding di kawasan kubu kuat DAP sebagai tidak berasas kerana Pas turut meletakkan calonnya di kawasan Parlimen dan Dun dikuasai DAP di Selangor.

Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Roslan Shahir berkata, secara tradisinya Pas tidak meletakkan calon untuk bertanding di kerusi yang mempunyai peratusan pengundi Melayu di bawah 30 peratus.

“Kita ukur kekuatan jentera di semua kawasan, bukan main letak sahaja calon kita untuk bertanding.

“Kali ini di Selangor kita letak calon di Parlimen Bangi dan Puchong, untuk Dun pula kita letak di Sungai Pelek, Sekinchan dan Kuala Kubu Bharu yang diketahui sebagai kubu kuat DAP,” katanya, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Mengulas lanjut mengenai calon yang bertanding, Roslan berkata, calon Pas akan mula berkempen di kawasan masing-masing secara rasmi selepas penamaan calon pada 28 April.

“Buat masa ini kita hanya mula perkenalkan calon-calon di kawasan, tak secara rasmi lagi,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan Pas tidak dibenarkan menggunakan kemudahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Roslan berkata, surat pekeliling tersebut telah dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

“PBT terima surat surat pekeliling daripada SUK bahawa kemudahan seperti dewan dan stadium tidak boleh digunakan untuk tujuan politik pada musim pilihan raya.

“Tapi bila kita lihat kembali, pihak lain boleh guna kemudahan ini, Pas sahaja tak boleh,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");