Isu Panas

KJ Marah Netizen

KUALA LUMPUR- Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memarahi seorang netizen yang cuba memaparkan pemimpin Barisan Nasional (BN) hanya berkhidmat kepada rakyat apabila pilihan raya semakin hampir.

“Tweet bodoh. Gambar-gambar dari beberapa tahun lepas. Kami melakukannya setiap hari. Boleh mengkritik tetapi jangan jadi orang tak guna,” katanya dalam posting di Twitternya hari ini.

Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO menjawab tweet seorang lelaki yang memaparkan gambar-gambar pemimpin BN termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang melakukan aktiviti harian rakyat semasa menghadiri pelbagai program kemasyarakatan.

Lelaki yang menggunakan tweethandle @bongkersz itu memaparkan empat keping gambar yang merangkumi Perdana Menteri, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Jalil dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji yang juga Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dengan kapsyen “Jika anda memerlukan khidmat sapu sampah, pembantu rumah, kutip buah sawit, membaiki rumah, potong rumput, tukang masak, inilah masanya. Lima tahun sekali, percuma.”

Khairy juga melakukan retweet beberapa posting yang menyokong pendapatnya antaranya oleh @Shahril Hamdan yang mengatakan pemimpin Barisan Nasional berkhidmat kepada pengundi sepanjang tahun walaupun mungkin tidak dihargai oleh masyarakat bandar yang sanggup memilih wakil rakyat Pakatan dan menghilangkan diri selama lima tahun.-theRakyat

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");